BlogList Malaysia

03 July 2012

Johor Military Force (JMF) - Relavan atau Tidak?

Kajian Segera Perlu dilaksanakan

Kenapa Negeri Johor perlu ada tentera JMF ? Ini bertindih dengan fungsi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). JMF hanyalah di dalam kategori Perkhidmatan Sokongan di dalam Senarai Perkhidmatan Kerajaan, setaraf kategori Pengawal Keselamatan (Security Guard).

Betulkan JMF tidak berfungsi atau berperanan penting semasa Perang Dunia dulu, hinggakan kem nya( Kini Majidee Camp) diambil alih dan diguna oleh British.? Manakah mereka semasa rakyat berjuang?

Adakah mereka hanya jaga keluarga Sultan sahaja?.


Adakah betul tujual asal penubuhan JMF hanya satu kebetulan sahaja bukanlah untuk mewujudkan satu pasukan Tentera Negeri yang menjaga keselamatan rakyat?

Adakah Betul JMF ditubuh hanya untuk menyelamatkan Sultan Johor yang telah disaman di England kerana melakukan pecah janji atau tak jujur pada janji nya kepada seorang wanita ?, Ini berkaitan kes Mighell vs The Sultan of Johor? Adakah benar dari fakta kes itu, sudah pasti Sultan akan kalah kes , jadi dia cuba mengguna taktik berbelit sedikit iaitu mengunakan alasan " raja berkedaulatan atau sovereign " sebagai cara lepaskan diri dari tindakan mahkamah.


Gambar hiasan

Adakah benar JMF ditubuhkan kerana untuk membolehkan alasan " raja berkedaulatan" digunakan di Mahkamah yang mana ia perlu dibuktinya dengan melengkapkan ciri ciri sebuah Negeri Berdaulat, antaranya wujudnya sebuah negeri dan raja itu ada sejumlah askar sendiri sera beberapa syarat-syarat lain, Maka tertubuhlah JMF yang penuh bersejarah yang amat dibangga-banggakan walaupun tujuannya hanya untuk menyelamatkan muka Sultan pada masa itu. Ini lah yang patut dikaji, banyak juga perkara lain perlu disemak semula.

Cadangan bagi membubarkan JMF telah pun dibuat Bacaan pertama di Parlimen semasa krisis Perlembagaan tetapi tiada Bacaan kedua dibuat, persoalannya kenapa polisi Kerajaan Malaysia terhadap JMF ini tidak konsisten. Keputusan yang hendak membubarkan JMF telah dibuat dan dBacaan Pertama juga di Parlimen telah dibuat .Persoalan dan soalan berikut harus jawap bagi membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa Kosisten dalam Polisi pentadbiran Negara ini :-.


1) Kenapa benarkan kem baru dibina di tapak berhampiran RTM? Hingga Projek Membina Rumah Anak Yatim (Letter of Intent telah dikeluarkan)di tanah rizab Majlis Agama Islam Johor dibatalkan dan tanahnya diambil untuk kegunaan JMF. Kesian anak anak yatim, kemana mereka nak mengadu?.

Baca seterusnya di sini

1 Komen :

Unknown July 13, 2013 at 12:40 PM  

baca dahulu sejarah negeri mana yang ada tentera selain JMF?ada sebab JMF ini dikekalkan.saya harap anda penulis blog ini mengkaji dahulu sejarah baru mengeluarkan post ini kedalam blog saudara.saya bukanlah rakyat negeri johor tetapi saya tahu akan sejarah JMF dan saya ingin beritahu anda bahawa negeri kedah pun ada tentera sendiri bagi mempertahankan negeri kedah cuma terpaksa dibubarkan atas sebab2 tertentu yang tidak dapat dielakan

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas